PENAMPANG, 7 Mac — Seorang gadis dirogol enam lelaki secara bergilir-gilir ketika mencari kerja di kawasan perindustrian Yue Min di sini.
Mangsa, 16, dibawa dua kenalan lelaki ke di belakang kedai runcit dan tidak sedarkan diri selepas minum beberapa gelas arak bersama empat lagi lelaki sekitar jam 8 malam, lapor Harian Metro.
“Mangsa hanya sedar kira-kira 11 malam selepas kemaluannya sakit selain baju dalam dan zip serta butang seluar jeans dalam keadaan terbuka,” kata ketua polis daerah Penampang.
DSP Mohd Haris Ibrahim berkata mangsa kemudian membuat laporan polis berikutan kejadian 1 Mac lalu pada 2.15 petang kelmarin.
Enam suspek kemudian ditahan. Mereka ditahan bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan kerana melakukan rogol berkumpulan.
Sumber Gadis cari kerja dirogol bergilir di belakang kedai
Tags:
PMMO