Zul akui ada ‘chemistry’, peminat mahu #Zulofa bercinta

Paparan skrin menunjukkan foto Zul Arifin dan Neelofa yang dimuat naik di Instagram melalui tanda pagar #zulofa. — Foto ihsan Instagram/Zulofa FansPaparan skrin menunjukkan foto Zul Arifin dan Neelofa yang dimuat naik di Instagram melalui tanda pagar #zulofa. — Foto ihsan Instagram/Zulofa FansPETALING JAYA, 7 Mac — Pelakon Zul Ariffin mengakui beliau ada “chemistry” lakonan bersama aktres Neelofa dalam drama Ti Amor Sweetheart 100 Hari.

Beliau selesa dan tidak janggal bekerja bersama dan saling berbincang menjayakan watak dan babak drama arahan Micheal Ang, lapor mStar Online.

“Sebelum shooting, kita duduk berbincang dan tanya apa yang boleh buat dan tidak supaya tak adalah nanti kekasih atau keluarga marah,” katanya.

“Kalau kami rasa babak itu keterlaluan, kita boleh bincang untuk mengikut kesesuaian. Kami ada chemistry yang okay dan tak rasa pelik atau janggal.”

Mengulas foto mesra bersama Neelofa yang dimuat naik oleh Micheal, seperti yang dilapor, Zul berkata paparan itu “sebahagian babak di sebalik tabir”.

“Sekarang ni zaman internet, terlalu laju benda ini tersebar dan saya tak boleh nak kawal. Lagipun foto itu bukan saya yang muat naik tapi pengarah.

“Jadi saya tak boleh nak halang,” kata hero filem Tombiruo itu yang “tidak pelik” jika peminat mahu 'menjodohkan' mereka sehingga tercipta #Zulofa.

[...] itu diluar kawalan saya dan kita sebagai pelakon hanya menjalankan tanggungjawab sebaiknya,” kata calon Bintang Filem MeleTOP.



Sumber Zul akui ada ‘chemistry’, peminat mahu #Zulofa bercinta

Post a Comment

Previous Post Next Post