Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.
"Perkara ini (kerja penyelenggaraan) memang sudah ada dalam pekeliling sedia ada. Namun, selepas ini, pihak Kementerian Pendidikan akan menilai semula kontrak dengan memastikan hal keselamatan ditepati setiap kontraktor terlibat.
"Jika kontraktor tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, mereka akan diambil tindakan," kata Sin Woon.Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan dari Anthony Loke (DAP - Seremban) mengenai tindakan Kementerian Pendidikan untuk mengelak kejadian seperti kes kematian seorang pelajar akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di Negeri Sembilan.
BACA: Pelajar 14 tahun maut terkena pisau pemotong rumput
BACA: Siasatan terperinci kes pelajar maut terkena pisau mesin rumput - Mahdzir
Sementara itu, Sin Woon turut ditanya tentang status kes siasatan terhadap kontraktor yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.
"Buat masa ini, siasatan masih dijalankan pihak polis. Jadi sebarang tindakan dari pihak Kementerian Pendidikan hanya akan diambil selepas siasatan selesai," katanya.
Sumber Memang tidak boleh potong rumput ketika murid ada - Kementerian Pendidikan