SPRM siasat Pengarah JSJ Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan siasatan terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berhubung wang AUD$320,000 (RM971,483) yang didepositkan ke akaun bank miliknya di Australia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu selepas menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata pihaknya kini membuka kertas siasatan kes berkenaan dan meminta mana-mana pihak supaya memberi ruang kepada SPRM untuk menyiasat kes itu.

Jumaat lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu pada 2016 oleh Polis Persekutuan Australia (AFP) sebelum Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kemudiannya menjalankan siasatan dalaman.

Siasatan awal JIPS mendapati akaun tersebut pada awalnya dibuka oleh Wan Ahmad Najmuddin pada 2011 bagi memudahkan penyaluran dana pembiayaan pengajian diploma anak lelakinya di Australia, hasil penjualan rumahnya di Shah Alam.

-- BERNAMA



Sumber SPRM siasat Pengarah JSJ Bukit Aman

Post a Comment

Previous Post Next Post