Suami Ziana Zain Bebas Reman, Adik Datang Bayar Ikat Jamin

Setelah dua hari bermalam di dalam lokap ekoran tiada ahli keluarga yang datang membayar ikat jamin, suami kepada diva Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri dilaporkan telah bebas dari tahanan.

Menurut laporan mStar online, bekas pramugara itu telah diikat jamin oleh adiknya sebanyak RM5000, petang semalam. Adik Armin hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam bagi menyelesaikan ikat jamin berkenaan.

Sebelum ini Armin ditahan atas dakwaan sengaja menggunakan rotan hingga menyebabkan kecederaan ke atas anak lelakinya.

Armin ditahan pada 2 Mac lalu selepas isterinya sendiri membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

Dalam sebutan semula kes pada Khamis lalu, Armin mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas tuduhan pindaan kes tersebut dibacakan kepadanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Tharih Afendi meminda pertuduhan iaitu Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 324, jika sabit kesalahn, berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Ziana mendirikan rumah tangga dengan Armin pada 9 Mei 1998. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan nempat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.



Sumber Suami Ziana Zain Bebas Reman, Adik Datang Bayar Ikat Jamin

Post a Comment

Previous Post Next Post