Pelakon Ashraf Muslim akui dua isterinya, Noor Dayana Lokman, 30, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 33, merupakan penguat hidupnya.
Kata Ashraf, dia sangat bersyukur kerana kedua-dua isterinya sentiasa bersama tidak kira dalam keadaan susah atau senang.
Ashraf meluahkan isi hatinya di akaun Instagram (IG) miliknya bersempena dengan hari wanita sedunia hari ini.
“Mereka adalah wanita yang luar biasa buatku. Sentiasa memahami perjalanan hidupku yang berwarna warni ini.
“Penguatku dalam ku susah dan senang. Nasihat dan kata-kata mereka membuatku berfikir untuk menjadi suami yang lebih baik dan lebih bijak.
“Terima kasih Allah kerana memberi amanah yang besar kepadaku untuk pastikan mereka dan keturunanku menjadi umat yang dekat denganMu.
“Setiap dalam solatku tak pernah tertinggal nama-nama ini dalam doaku. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjaga mereka seperti mana orang-orang yang beriman sebelum ini. Amin,” tulisnya.
Posting itu juga disertakan dengan hashtag #SetiapHariAdalahHariWanita.
BACA: Sambut setiap tahun, ini fakta menarik Hari Wanita yang perlu anda tahu
Sumber Sweetnya! Ashraf Muslim luah rasa sayang buat isteri-isterinya sempena Hari Wanita

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut IGnya memuji sikap Ashraf yang menghargai kedua-dua isterinya.
Mereka juga mendoakan agar Ashraf, Dayana dan Sakinah kekal bahagian buat selamanya.
Teks oleh: Mya Amri
Sumber Sweetnya! Ashraf Muslim luah rasa sayang buat isteri-isterinya sempena Hari Wanita
Tags:
Hiburan AA+