TRAGIS… Seorang ibu bertindak di luar kawalan apabila sanggup membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah perigi dalam kejadian yang menggemparkan di Jawa Timur, Indonesia, Ahad lalu.
Menurut laporan Tribratanews, kejadian itu berlaku di sebuah perkampungan di Desa Belotan yang terletak di daerah Ponorogo.
Difahamkan, si ibu dikenali sebagai Partini, 58, bertindak demikian kerana terlalu kecewa selepas salah seorang anaknya yang merupakan anggota Polis Republik Indonesia (Polri) maut dalam kemalangan jalan raya.
Suami mangsa dikenali sebagai Paiman berkata, dia telah berulang kali menasihati isteri supaya menerima kematian anak kesayangannya dengan hati terbuka.
“Selepas kematian anak kami pada 2011, dia kerap mengalami tekanan perasaan dan kerap bercakap seorang diri.
“Puas saya memintanya agar melepaskan memori sedih itu namun dia tetap tidak dapat menerima kenyataan,” kata Paiman kepada portal berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Bendo, Asisten Komisioner Lin Pelangi berkata ketika kejadian, suaminya sedang tidur dan ketika itulah mangsa bertindak terjun ke dalam perigi yang terletak di hadapan rumah mereka.
Tambah Pelangi, siasatan awal mendapati mangsa sebelum ini pernah cuba membunuh diri dengan menggantung diri dan mencederakan perut dengan senjata tajam namun berjaya dihalang ahli keluarga yang lain. – MYNEWSHUB.CC
Usaha Pengambilan Jenazah Partini Dalam Sumur 30 meter
Posted by Mearindo News on 4hb Mac 2018
Sumber Terlalu sedih, ibu nekad terjun dalam perigi