Video: Hidang secara kasar, pelanggan mabuk naik angin

RAKAMAN video memaparkan insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan pelanggan dan beberapa individu di sebuah premis makanan di Taman Sentosa, Johor Bahru, mula tersebar di laman sosial.

Video: Hidang secara kasar, pelanggan mabuk naik angin

Video: Hidang secara kasar, pelanggan mabuk naik angin

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.42 pagi Ahad itu, pergaduhan dipercayai berlaku ekoran pelanggan terbabit tidak berpuas hati dengan layanan pelayan restoran yang didakwa tidak memuaskan dan pada sama pelanggan berkenaan didakwa mabuk.

Menerusi video berdurasi 6 minit 36 saat, pergaduhan dilihat bermula dari dalam premis apabila kedua-dua pihak mula membaling barang seperti kerusi dan periuk ke arah masing-masing sebelum mencabar sesama diri untuk bertumbuk.

Salah seorang pelanggan yang memakai baju putih kemudian mengambil helmet dan cuba membalingnya ke dalam premis tersebut sebelum dihalang beberapa rakannya.

Keadaan bertambah buruk apabila salah seorang dari pekerja premis berkenaan cedera dan mengalami pendarahan di kepala ketika cuba meleraikan kejadian itu.

Bagaimanapun keadaan kembali tegang apabila pelayan dan pelanggan berkenaan enggan beralah lalu mengheret pergaduhan itu di belakang kedai dan sekali lagi kerusi dibaling dan kedua-dua pihak bertumbuk.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais, hasil siasatan mendapati pergaduhan berlaku kerana pelayan restoran itu menyajikan makanan di atas meja kepada pelanggannya secara kasar.

“Timbul salah faham ketika itu apabila pelayan restoran dikatakan meletakkan makanan secara kasar. Kejadian juga berlaku ketika pelanggan restoran dalam keadaan mabuk,” katanya dipetik portal BH Online.

Polis turut menahan seorang lelaki berusia 30 tahun kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan itu dan suspek direman selama tiga hari sehingga Rabu untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pihak polis juga sedang mengesan beberapa lagi individu lain yang terlibat dalam kejadian itu untuk membantu siasatan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Video: Hidang secara kasar, pelanggan mabuk naik angin

Post a Comment

Previous Post Next Post