Detik cemas bas ekspres menghala ke JB terbakar

Seorang pemandu dan 10 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas apabila tayar belakang kenderaan itu terbakar di KM121.4 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Johor Bahru dekat sini, tengah hari Ahad.

 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata dalam kejadian 1.45 tengah hari itu, kesemua penumpang dan pemandu tidak cedera kerana sempat menyelamatkan diri.

“Susulan kejadian itu, kesemua penumpang dipindahkan ke bas lain dan selamat tiba di destinasi mereka petang tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Siasatan kejadian masih dijalankan.

Sumber: MStar



Sumber Detik cemas bas ekspres menghala ke JB terbakar

Post a Comment

Previous Post Next Post