Aktivis: Siasat segera Memali, bela mangsa tragedi

Bekas aktivis PAS Zainol Ismail, 61, (tengah) bersama Mohd Helmi Iskandar (kanan) bercakapa media di Masjid Jamek, Kuala Lumpur 9 Februari 2017. — Foto oleh Hari AnggaraBekas aktivis PAS Zainol Ismail, 61, (tengah) bersama Mohd Helmi Iskandar (kanan) bercakapa media di Masjid Jamek, Kuala Lumpur 9 Februari 2017. — Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR, 9 Feb — Sekumpulan anggota badan bukan kerajaan dan ahli PAS Ampang mendesak kerajan menubuhkan suruhanjaya siasat tragedi Memali.

Seorang aktivis parti itu Mohd Helmi Iskandar berharap suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dapat membela mangsa insiden itu, lapor Utusan Online.

“Kita berharap dengan penubuhan RCI ini nasib balu-balu kepada semua mangsa yang terbunuh dalam peristiwa Memali dapat dibela,” katanya.

Kumpulan itu mengadakan demonstrasi, dengan plakad foto Dr Mahathir, di depan Masjid Jamek di sini selepas solat Jumaat.

Insiden di Kampung Memali, Baling pada penghujung 1985 mengorbankan 18 orang, termasuk empat anggota polis. Mereka pengikut pemimpin PAS.



Sumber Aktivis: Siasat segera Memali, bela mangsa tragedi

Post a Comment

Previous Post Next Post